Friday, November 13, 2009

HEBATNYA MANUSIA

Kita sedia ketahui bahawa manusia dicipta Allah SWT dengan sebaik-baik kejadian, penciptaan yang indah ini memberi ruang untuk manusia melakukan kebajikan di atas muka bumi, akhirnya dengan kebajikan itu menjadi penyebab untuk Allah merahmati dan menatijahkan surga terbaik. Bukankah itu menjadi matlamat semua manusia. Perasoalannya kenapa dalam usaha untuk mencapai matlamat ini manusia memilih jalan atau kaedah yang salah dan menyesatkan, bukankah telah ada kaedah dan formula terbaik yang boleh mempercepatkan kita mencapai matlamat ini. Justeru alangkah baiknya jika kita menggunakan segala kehebatan diri kita yang dikurnia Allah untuk berjaya dalam kehidupan ini. Bukankah Allah telah mengurniakan kita pancaindera dan dengan pancaindera itu kita boleh melakukan apa saja. Kita juga dikurniakan fikiran dengannya kita boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk dan akhirnya kita dibekalkan ilmu oleh Allah. Soalnya kita masih tak buat apa-apa...