Wednesday, November 11, 2009

SEMBILAN SIKAP MENTAL ORANG YANG CEMERLANG DAN BERFIKARAN POSITIF

1. Bersikap positif terhadap perubahan


  • Yakin bahawa semua orang boleh dan perlu berubah

  • Perubahan sebagai satu harapan bukan ancaman

  • Kalau tak berubah, tidak boleh menjadi bertambah baik

  • Orang yang cemerlang melihat dirinya sebagai agen perubahan

2. Bersikap positif terhadap diri sendiri


  • Yakin bahawa setiap kelemahan boleh diatasi

  • Boleh dapat kemahiran baru

  • Bentuk keberanian dengan menyakini bantuan Allah

  • Terima ketidak sempurnaan kita tetapi masih menghormati diri

  • Bentuk imej diri yang positif

  • Didik diri agar mudah melihat kehebatan dan kebaikan orang lain

  • Bersyukur bila dikeji dan beristiqfar bila dipuji

3. Bersikap positif terhadap kepimpinan


  • Yakin mengenai kebolehan untu memimpin diri dan orang lain

  • Mempunyai pegangan positif terhadap kebijaksanaan diri, kebolehan dan gerak hati

  • Yakinkan diri bahawa kita mampu untuk mencari altenatif dan boleh membuat keputusan yang baik

4. Bersikap positif terhadap masalah


  • Masalah adalah asam garam kehidupan ia adalah perkara biasa

  • Menyedari bahawa masalah adalah dari diri sendiri

  • Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, kalau tidak kita orang lain mungkin boleh membantu

  • Setiap masalah ada hikmah yang tersembunyai

  • Masalah ada sementara

  • Masalah adalah cabaran yang perlu diurus

5. Bersikap positif terhadap orang lain

  • Kita berjaya sebab dibantu oleh orang lain
  • Orang yang memerlukan orang lain adalah orang yang paling beruntung
  • Kita boleh belajar sesuatu dari orang lain

6. Bersikap positif terhadap emosi dan mood

  • Emosi perlu berihat sekali sekala (emotional retreat)
  • Perubahan emosi mengingatkan kita untuk muhasabah diri
  • Setiap emosi ada hikmahnya
  • Kawal emosi agar kita jadi manusia yang lebih baik
  • Jangan risau, ada pasang pasti ada surut
  • Emosi negetif mendidik kita menjadi lebih kental, lebih berfikir dan lebih faham erti sayang yang sebenar

7. Bersikap positif terhadap idea yang kreatif

  • Hormati idea dan pemikiran sendiri
  • Sedari bahawa satu idea boleh mencetuskan satu industri baru
  • Ingat bahawa ramai orang yang pandai buat kerja tetapi tidak pandai berfikir dan begitu sebaliknya

8. Bersikap positif terhadap pembuat keputusan

  • Ingat setiap keputusan mempunyai risiko
  • Tidak mahu membuat keputusan adalah satu 'keputusan'
  • Kaji berbagai faktor dan sudut sebelum membuat keputusan
  • Ingat bahawa setiap idea yang baik ada buruknya, begitu juga sebaliknya
  • Orang yang cemerlang selalunya membuat keputusan yang baik

9. Bersikap positif terhadap qada dan qadar

  • Tidak ada manusia yang dapat melawan ketentuan Allah
  • Apa yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita
  • Manusia merancang tetapi Allah yang menentukan